Salam buat semua…Temasya Sukan Tahunan Sekolah 2012 Kali ke-11, ya..itulah yang terpapar dalam gambar di atas. Setelah berhempas pulas selama lebih 2 minggu, akhirnya pihak sekolah berjaya menjalankan sukan tahunan dengan begitu meriah sekali. Acara yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula dengan acara padang (24 Sept) diikuti pula dengan acara sukaneka (25 Sept) & seterusnya acara kemuncak iaitu acara balapan (26 Sept 2012) telah berjaya disempurnakan dengan acara perasmian penutup oleh wakil dari PPD Jempol & Jelebu.

Para peserta dari 4 rumah sukan iaitu Nilam (biru), Delima (merah), Zamrud (hijau) & Arked (kuning) telah memberikan persembahan yang sangat membanggakan bagi setiap acara yang dipertandingkan. TAHNIAH BUAT SEMUA PESERTA !!!

Berikut adalah keputusan keseluruhan :

  • Rumah Nilam – 241 mata (Johan Berulang)
  • Rumah Delima – 207 mata (Naib Johan) ** pada tahun 2011 berada pada tempat ke-3
  • Rumah Zamrud – 156 mata (Tempat ke-3)
  • Rumah Arked – 130 mata (Tempat ke-4)

TAHNIAH juga diucapkan buat semua warga sekolah kerana telah memberi kerjasama padu dalam menyumbang tenaga bagi menjayakan sukan tahunan pada kali ini. Semoga tahun depan, Johan Berulang (Rumah Nilam) DAPAT DIKALAHKAN !!!! YES BOLEH !!!

Suka artikel ini?Kongsi ler...