Di sini saya nak kongsikan mengenai BE ke-6 yang diterima dari pihak Nuffnang. Kalau anda boleh lihat tarikh mula Campaign adalah 21 Januari 2013 (hari ini lah). Sebenarnya istilah BE dah bertukar ke CPUV tapi blogger² di luar sana  lebih sinonim dengan BE nih. Apa yang saya nak cerita, sepanjang 4 bulan saya jadi blogger untuk sekolah nih, ini merupakan BE yang ke-6 blog ini terpilih. Yang terbaru ini datangnya dari Digi iPhone 5. Terbaiklah Digi…!!! Juga terima kasih pihak Nuffnang…!!!

Tapi yang tak sedapnya, hari ini juga lah blog ini mencapai 100% bandwidth-nya. Apa maksudnya tu? Di sini saya terangkan serba sedikit. Bila sudah capai 100%, maka blog ini tidak dapat dipaparkan oleh mana² pelawat di internet. Kerana kuota yang diberikan oleh pihak penyedia web (web hosting company) sudah habis digunakan untuk tempoh bulan Januari 2013. Jadi untuk teruskan operasi blog ini, maka saya tiada pilihan selain dari upgrade pakej hosting (sudah dilakukan jam 9.15pm tadi). Jika tidak, perlu tunggu 1 Februari 2013 baru kuota akan di renew semula. Semua urusan online sahaja dengan web hosting dari syarikat Server Freak Sdn. Bhd. Mudah bukan???

Bagaimana pula saya dapat BE ke-6 nih???

  1. Sentiasa pantau trafik blog anda di portal Nuffnang.
  2. Selalu juga hantar emel bertanya. (itu yang saya buat tadi; tanya kenapa iklan kurang muncul, lepas itu terus dapat BE)
  3. Selalu ping artikel di pingler² yang famous. (untuk tingkatkan SEO blog anda di google)

** Tinggalkan komen/pandangan/pendapat anda di ruangan komen. Insyaallah akan dibalas…

Suka artikel ini?Kongsi ler...