Bonus 2012 Penjawat Awam

Bonus kakitangan awam 2012 : Seperti biasa pastinya “mata dan telinga” kalangan kakitangan awam tertumpu kepada pengumuman bonus, samada menjadi menjadi realiti atau fantasi semasa bagi pembentangan Bajet 2013 kali ini. Kalau ada “habuannya” berapa banyak? setengah bulan bonus, satu bualn bonus atau 2 bulan bonus sekaligus? Yang mana satu?

2 bulan bonus? Kalau benarlah dan menjadi kenyataan, bermakna pecah rekod sebagai bonus kakitangan awam 2012 adalah bonus terbaik kakitangan awam selepas kerajaan pernah memberikan bonus kakitangan awam sekitar 1 bulan bonus iaitu ketika diera pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu. Dulu…..

Bonus Kakitangan Awam 2012 Sempena Pilihanraya Umum Ke 13?

Hati kecil kami kuat mengatakan pembentangan Bajet 2013 kali memberikan kesinambungan semasa berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Oleh itu bagi kami bonus setengah bulan itu boleh dikatakan hampir pasti untuk dinikmati  kalangan kakitangan awam, tetapi jikalau nak lebih daripada itu iaitu sebanyak sebulan atau 2 bulan bonus, ia pasti menjadi persoalan dan teka-teki…..

kredit to : beritasemasa.com

Suka artikel ini?Kongsi ler...