3 hari 2 malam yang sungguh sangat mengujakan, sangat seron0000kk & dapat pengalaman berharga ibarat intan permata…Ya…barangkali itulah yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan perasaan guru² & murid² yang telah pergi ke Perkhemahan Unit Beruniform SK Rompin bagi sesi 2012.

 

Menaiki kereta api kali pertama selama 6 jam dari Bahau – Merapoh buat majoriti dari kami guru² & murid² sangatlah berharga. Murid kelihatan begitu ser0n0k berada dalam KTM. Dari mula naik hinggalah sampai ke Merapoh, makanan memang tak lekang dari mulut mereka. Begitu banyak bekal yang dikirim oleh ibu bapa sebagai tanda sayang & risaukan anak mereka sebab ada yang kali pertama berjauhan dengan keluarga.

 

 

 

 

 

 

 

Sampai saja di sana, murid diarahkan untuk memasang khemah sebab waktu tiba sekitar jam 6pm. Risaukan hari semakin gelap, maka Kem Komandan (Cikgu Hazley) minta khemah segera dipasang. Guru yang bertugas sebagai juru masak, menyediakan juadah untuk murid makan sampai kenyang. Sebelah malam, para fasilitator dari Taman Negara mengendalikan sesi taklimat & ice breaking.

 

 

 

 

 

 

 

Teman bersama rakan² guru sempat juga bergambar di jata taman negara (gambar bawah);

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator Taman Negara sangat menarik & memberi pengalaman baru buat semua peserta perkhemahan. Antaranya:

  • Ice Breaking – malam pertama
  • Taklimat mengenai sejarah & latar belakang Taman Negara Sg Relau – malam pertama
  • Aktiviti memberi makan ikan kelah & cuba menangkapnya (kalau boleh laa…) di Santuari Kelah (14km dari tapak khemah) – hari kedua
  • Aktiviti Jungle Tracking + River Tubing menggunakan pelampung (tiub tayar lori) jam 2.30pm – hari kedua
  • Aktiviti melawat galeri Taman Negara – malam kedua
  • Aktiviti Nature Game (membuat gaya binatang) – hari ketiga
  • Break Camp + Majlis penutup + pulang – hari ketiga

 

 

 

 

 

 

 

 

Begitulah serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsi untuk semua…Walaupun penat, namun kenangan perkhemahan pada tahun ini tersemat rapi dalam minda & jiwa kami semua. OH YEAAAHHHHHHH……!!!!!

 

 

 

Suka artikel ini?Kongsi ler...