Zakat

Salam buat para pembaca. Pagi ini saya ingin membawa satu ilmu yang mungkin ada di antara kita tersilap tafsiran barangkali. Zakat??? Ya..ia adalah berkenaan zakat tapi lebih kepada penerima zakat (Mustahiq).

Mungkin sebelum ini kita beranggapan fakir miskin adalah perkataan yang sama maksudnya. Betulkah saudara/saudari pembaca sekalian? Sebenarnya 2 perkataan ini sangat berbeza maksudnya. Biar saya cerita serba sedikit…

Fakir membawa maksud golongan miskin tegar yang hanya mampu memenuhi KURANG daripada 1/2 keperluan diri & keluarga. Ok, contoh mudahnya; jika kita biasanya memerlukan RM10.00 sehari sebagai perbelanjaan harian, maka golongan fakir hanya mampu memperoleh RM3.00 @ RM4.00 sahaja.

Miskin pula membawa maksud golongan yang hanya mampu memenuhi LEBIH daripada 1/2 keperluan harian TETAPI masih belum lagi memenuhi keperluan diri & keluarga yang sebenar. Ok, contoh mudahnya; jika kita biasanya memerlukan RM10.00 sehari sebagai perbelanjaan harian, maka golongan ini hanya mampu memperoleh RM6.00 @ RM7.00 sahaja.

*** p/s - sumber rujukan : Zakat Terapi Kekayaan;
 Ustaz Hamizul Abdul Hamid

Suka artikel ini?Kongsi ler...