Selamat Hari Malaysia 2012

Fakta Menarik:

    Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.

    Pada asalnya, sebelum ini Hari Malaysia memang cuti am bagi negeri Sabah sebab Hari Keputeraan  Yang Di-Pertua Negeri adalah pada tarikh yang sama. Namun mulai 2010, ia adalah CUTI UMUM bagi seluruh negeri di Malaysia.

* p/s – Pada pandangan saya,kita akan cepat ingat sesuatu tarikh itu bila ianya adalah cuti am@cuti umum.Betul tak??? SELAMAT HARI MALAYSIA 2012…

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia
Suka artikel ini?Kongsi ler...