hadiah percuma

Sesi persekolahan 2013 bakal melabuhkan tirainya dalam 4 hari saja lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan pelbagai perasaan dalam diri para guru & murid. Mungkin bagi murid, majoriti mereka berasakan inilah saat yang dinanti-nantikan setelah bersekolah sejak Januari lagi. Namun bagi segelintir murid, dapat dilihat dari riak wajah mereka yang mana tidaklah begitu teruja menanti cuti tiba. Mereka lebih gemar menghadirkan diri ke sekolah kerana dapat bertemu guru yang disukai & juga rakan-rakan kelas. Mereka lebih riang berada di sekolah yang penuh dengan aktiviti yang mendebarkan setiap hari.

Guru? Ya, apakah agaknya perasaan yang bermain dalam hati kecil mereka? Bukan semua guru di sekolah ini yang asalnya sekitar Jempol. Ada yang jauh berkelana dari Kedah, Pahang, Terengganu & Perak yang menetap di Jempol untuk mencurah bakti kepada bangsa Malaysia. Berjauhan dengan isteri & keluarga sudah pasti menggamit perasaan rindu yang mendalam di kala cuti panjang persekolahan bakal tiba. Maka golongan guru seperti ini sudah pastinya gembira.

Bagi golongan guru yang menetap di sekitar Jempol, cuti ini mungkin dapat diisi dengan siri percutian yang hebat di pelbagai lokasi pelancongan menarik di Malaysia. Mungkin juga akan ada guru yang akan ke luar negara? Siapa tahu…

**************************

Sebenarnya aktiviti yang paling menarik akan menjelma esok.

# Hari Anugerah Kecemerlangan #

# 12 November 2013, Selasa #

# Jam 11.00 pagi #

Para ibu bapa akan menandatangani buku rekod profil anak-anak mereka bermula # jam 8.00 – 10.00 pagi # Sama-sama kita memeriahkan hari bahagia ini esok!

Suka artikel ini?Kongsi ler...