gaji

 

SHAH ALAM – Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengakui menerima maklum balas kurang menyenangkan daripada kakitangan awam berikutan insentif saraan baru yang diumumkan oleh kerajaan semalam tetapi mahu pihak terbabit bersabar menanti pengumuman susulan akhir tahun ini.

Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awam mengenai kesan dan implikasi dan langkah susulan yang dikaji oleh kerajaan.

Beliau berkata, ramai yang keliru dengan pengumuman yang dibuat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyentuh kepada dasarnya sahaja.

Cuepacs sebelum ini antara lain menuntut kajian semula bayaran elaun sara diri (cola) dan imbuhan tetap perumahan (ITP).

naik gaji

Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam.
“Saya akan turun padang memberi penjelasan kepada kakitangan awam.

“Ramai yang beritahu dan bagi maklum balas mengenai pengumuman Najib itu, tapi apabila saya beri penjelasan, mereka faham.

“KGT itu lebih penting, akan dinaikkan dari semasa ke semasa, tuntutan dua perkara itu akan diumumkan hujung tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Sumber —> Sinar Harian Online

Suka artikel ini?Kongsi ler...