Tahun baru ni orang kata kalo takde pembaharuan, macam tak brapa nak lengkap tugas seseorang cikgu tu. Jadi saya pun pikior ler ape benda yang nak diperbaharukan. Duduk dalam makmal komputer ni sejak 2011, tengok kiri tengok kanan, sama jerr…Yang tertanggal tu lekat lerr balik, yang berselerak tu susun balik. Biasanya kerusi laa…Murid ni lopeh guna, hadoii…berbuih mulut tegur, duk macam tue jugak.

Jadi lopeh saya perhati keliling, baru lah perasan rupanya jam dinding dah 2 tahun mati (xde bateri)..Ingatkan nak ganti bateri tapi ganti jam terus yang lagi bosar. Puas ati ghaso bilo dapek tengok jam befungsi akhirnya dalam makmal.

Jam Dinding Analog

 

 

Jam dah ade, senang nak tengok waktu. Murid2 pun bleh jugak blaja tengok jam analog camnih. Memandangkan cikgu nih kena la jaga penampilan diri, kalo tak apa guna ITKA yang kerajaan bagi yo tak?? Dek sobab itula sayo prasan dalam makmal ni cormin muko takdo. Torkadang nak jugak tengok cormin bilo menyikat rambut. Kat pejabat ado la cormin bosar tapi cam maleh nak poie. Jadi nak setelkan problemo nih, sayo pun gantung laa bondo alah nie…..

Cermin Sakti

 

Nah, ni lah dia 2 pembaharuan yang ada setakat hari nie. Lepas nie senang la para pengunjung makmal sebab kelengkapan dah bertambah.

 

Suka artikel ini?Kongsi ler...