Kursus PLuG TMK @ SK St. Aiden (29 – 31 Oktober 2013)
on October 30, 2013 at 2:45 pm
Salam buat semua…
Pihak sekolah telah menerima surat arahan dari JPNS untuk menghantar seorang guru (Cikgu Ridzuan) yang akan mengajar subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) bagi tahun 4 untuk sesi PdP pada tahun 2014 nanti. Kursus ini dijalankan selama 3 hari di SK St. Aiden, Bahau, Negeri Sembilan.
Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh tentang ilmu TMK supaya guru berkenaan mendapat ilmu yang mantap untuk diajar kepada murid-murid tahun 4 kelak. Hari ini merupakan hari ke-2 guru terbabit berkursus. Semoga beliau dapat menyumbang ilmu yang bermanfaat buat seluruh warga sekolah kelak.
:: Komen Terkini ::