Screenshot 2013-09-06 at 9.21.22 AM

Salam Tahun Baru Islam 1435H buat semua warga sekolah yang beragama Islam. Muharam seperti yang diketahui ramai adalah bulan pertama dalam kalendar Islam (Januari bagi kalendar Masihi). Namun begitu, tidak ramai yang cakna dengan nama-nama bulan dalam Islam di zaman ICTKursus PLuG TMK @ SK St. Aiden (29 - 31 Oktober 2013). Baca lagi... » yang semakin mendesak kini. Malah dalam kalangan murid juga masih ramai yang kurang cakna dengan perkembangan dalam kalendar Islam. Besar kemungkinan penggunaan harian adalah lebih kepada kalendar Masihi (Januari – Disember).

*****************

Di sini ingin saya maklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima set makmal mudah alih ChromeBook beberapa bulan yang lepas & ianya telah pun digunakan oleh kalangan guru & murid. Namun begitu melalui JPNS, sebuah LATIHAN PENGGUNAAN MAKMAL MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEPADA GURU PENYELARAS ICT & GURU PENYELARAS FROG VLE akan diadakan sebagai pemantapan kemahiran guru dalam hal ini. Berikut adalah perincian kursus tersebut;

  • Guru terlibat : Cikgu Ridzuan (ICT) & Cikgu Khairul Anwar (Frog VLE)
  • Tarikh : 6 November 2013 (Rabu)
  • Masa : 8.30 am – 4.30 pm
  • Lokasi : Makmal Komputer, SMK Batu Kikir

Apakah pengisian latihan itu? Sama-sama kita nantikannya.

Suka artikel ini?Kongsi ler...