Assalamualaikum….

Saat yang dinanti-nantikan bakal tiba. Apa yang pasti ianya akan sangat menggembirakan para murid & ibu bapa. Guru-guru juga turut bersyukur di atas kemurahan hati pihak kerajaan yang meneruskan lagi Bantuan Khas Awal Persekolahan yang bermula pada tahun 2012. Bagi pihak admin, saya berharap agar bantuan ini dapat diteruskan lagi sampai bila-bila. Bagi seorang murid, nilai yang diterima ini sangatlah besar. Apa yang pasti, rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T. & kita sebagai hambanya sentiasa bersyukur…

Majlis ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

  • Tarikh  :  25 Januari 2013 (Jumaat)
  • Masa  :  2.30 petang
  • Tempat  :  Dewan SK Rompin

Penyampaian bantuan persekolahan ini akan disempurnakan oleh Dato’ V.S. Mogan, ADUN Jeram Padang, Jempol, Negeri Sembilan.

 

Suka artikel ini?Kongsi ler...