Salam buat semua para pembaca blog skrompin.net. Admin terasa sangatlah penat sepanjang minggu ni sebab sebagai ketua rumah sukan Delima (merah), kena urus banyak perkara menjelang sukan sekolah pada 26 Sept 2012 nanti…

Hurmm…entri kali ini saya nak ceritakan serba sedikit tentang Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012 di sekolah ini. Seperti biasa, majlis bermula jam 8.00 am. Murid2 dah berkumpul dalam dewan. Apa lagi, gamat dewan bila cikgu Khairul pasang lagu2 kebangsaan. Murid begitu seronok sekali menyanyi. Suara sumbang ke tak, tak penting dah. Yang penting aku nyanyi..Itulah gamaknya dalam hati murid2 tu.

murid tengah nyanyi

Murid tahun 1 lah yang paling happy sekali. Cikgu2 pun boleh tahan juga suaranya..semerdu buluh perindu..Lepas nyanyi tu, ada lah sedikit tayangan video tentang kemerdekaan Malaysia selama 15 minit. Bukan apa, nak bagi info pada murid2 supaya mereka tahu macam mana Malaysia capai kemerdekaan. Cikgu Ridzuan pula ambil kesempatan buat kuiz tentang video yang ditayangkan. Ramai pula yang berminat nak jawab. Yang salah jawab tu ada jugak. Tapi tak apa lah sebab guru suka bila murid mencuba.

pakaian merdeka

Pakaian merdeka murid ni memang mencerminkan kecintaan terhadap Malaysia. Ni murid elit tahun 6, Seri Nur Aishah namanya. Harapan 5A UPSR kami adalah pada dia.

Cikgu Anumanthan

Wah… Cikgu Anumanthan menunjukkan semangat 1 Malaysia sambil menunggang basikal berhias yang dipilih sebagai tempat pertama..TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA SEKOLAH atas kejayaan ini.

Suka artikel ini?Kongsi ler...