Kerajaan telah memutuskan untuk memberikan penempatan kepada graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Pendidikan) yang telah dan akan menamatkan pengajian bagi tahun 2012. Seramai 2,960 orang graduan yang dikenalpasti telah menamatkan pengajian mereka sebelum 1 Julai 2012 telah dijadualkan untuk ditemuduga oleh SPP seperti berikut:

(a) 2,478 orang daripada program J-Qaf;
(b) 368 orang daripada program TESL;
(c) 90 orang daripada program KPLI IPGM dan IPTA, termasuk mereka daripada Program Pelajar Cemerlang (PPC); 
(d) 14 orang daripada program Bahasa Perancis; dan
(d) 10 orang calon mengulang temuduga berdasarkan keperluan opsyen.

Sementara SPP menyelesaikan urusan temuduga, KPM akan membuat penempatan secara interim bagi kumpulan ini mulai 16 Oktober 2012. Pelantikan tetap adalah tertakluk kepada keputusan temuduga oleh SPP.

Suka artikel ini?Kongsi ler...