” Teman…Saat itu tiba jua, kutinggalkan dirimu seketika..Walaupun berat rasa, realiti seharusnya diakui..Pertemuan dan perpisahan seringkali terjadi. Kenangilah saat-saat tercipta memori bersama. Dikala ada rindu yang mencuit hatimu..Suka duka,gurau senda dan airmata, kita telah dilalui. Yang pasti pergi ini membawa seguni rindu. Yang berat untuk disimpan dihati..Andai suatu masa kerinduanmu menganggu emosi, lihatlah langit yang terbentang luas .Yakinkan pada diri, di saat itu juga kerinduan itu ada untuk mu…”

Majlis jamuan perpisahan buat mantan Guru Besar, En. Abu Bakar B. Hj Abd Rahman & Cikgu Mohd Kamaruddin B. Che Hussin bermula sekitar jam 3.30 petang. Lokasi baru yang sangat indah nan permai telah dipilih oleh Kelab Kebajikan Guru & Staf (KKGS) iaitu di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah. Suasana agak mendung & berangin membuatkan suasana sejuk & tenang…

Dimulakan dengan ucapan Pengerusi, Cikgu Rahim yang terus mempersilakan Ustaz Zulhakimi untuk membacakan doa makan. Kami terus menjamu selera dengan menu kampung-style, sedap juga daging salainya. Kelihatan guru-guru agak berselera makan. Kemungkinan mereka penat memandu dari Rompin ke Kuala Pilah barangkali.

Selepas terisi kekosongan di perut, ucapan Cikgu Din (panggilan mesra) dimulakan. Disebutnya kenangan bersama setiap guru bermula dari tahun 2000 hinggalah 2012. Tidak dilupakan pesanan buat rakan-rakan guru yang baru untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh. Beliau kini bertugas di tempat baru iaitu SK Senaling, Kuala Pilah.

Yang ditunggu lagi di rai, mantan Guru Besar dijemput untuk memulakan bicara. Gembira, suka & duka di sepanjang kariernya di sekolah ini diucapkan sebutir demi sebutir. Walaupun berat hatinya untuk menerima hakikat yang beliau sudah bertukar ke SK Bandar Baru Serting, terpaksa jua ditelan. Guru-guru SKR begitu sukar untuk beliau tinggalkan. Hubungan yang erat telah terjalin sekian lamanya. Disangka panas hingga ke petang, rupanya gerimis mengundang di tengah hari. Apa yang hendak dikatakan, takdir Allah mengatasi segala. Namun begitu, jasa dan budimu Cikgu Bakar, tetap tersemat rapi di hati kami semua….

Kami semua mendoakan cikgu berdua agar berbahagia bekerja di tempat baru…Abadikan gambar ini sebagai kenang-kenangan buat kita semua…

Suka artikel ini?Kongsi ler...