Salam Ramadan buat semua warga sekolah. Agak lama juga blog ini tidak di update dengan perkembangan terbaru, tetapi bukanlah bermakna tiada aktiviti yang berjalan di sekolah ini. Banyak sebenarnya cuma kadang-kadang tidaklah berapa sempat untuk dijadikan nukilan di sini.

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri (dijangka 8 ogos 2013) bermula bersekali dengan cuti sekolah. Tempohnya agak lama iaitu bermula pada 3 Ogos – 18 Ogos 2013. Setelah dikira-kira, ada 16 hari semuanya. Lama bukan? Beruntunglah murid-murid, seronok sakanlah mereka beraya pada tahun ini.

Kalau anda lihat gambar (atas), begitulah serba sikit ragam guru-guru & staf sekolah di hari terakhir persekolahan. Aktiviti yang dah pun dijalankan, boleh baca di bawah:

  • Persembahan Qasidah oleh murid
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Pemberian sagu hati kepada anak yatim
  • Bersalaman kemaafan antara murid & guru

Wah, serba hitam mereka ini macam sudah dirancang pula nak pakai baju yang sama. Berita yang terbaru diterima, ada seorang guru lelaki yang akan berpindah ke tempat lain tetapi masih lagi menjadi tanda tanya. Siapakah gerangan guru itu???

Suka artikel ini?Kongsi ler...