Salam buat semua pembaca…Majlis ini diadakan pada 8 Sept 2012 (Sabtu) di Hotel Desa Inn, Kuala Pilah. Hari tersebut ada sekolah ganti. Jadi lepas kami semua (guru-guru) tamat sesi sekolah, solat dulu & terus berkereta ke hotel. Hujan ada juga renyai-renyai tapi Alhamdulillah selamat juga sampai. Cikgu Rama masa itu sudah tiba dengan kereta barunya (Nissan Sylphy), sempat juga kami masuk ke dalam meninjau-ninjau.

   Lepas itu, majlis pun bermula…Apa lagi, bergegaslah kami masuk dalam dewan hotel. Menu semuanya sudah terhidang. Kalau tak percaya, ada dalam gambar atas. Seperti biasa, Cikgu Rahim lah yang jadi pengacara majlis. Al-maklumlah, MC peringkat kebangsaan, semua acara kami serah kepada dia. Tapi dia memang dapat hidupkan suasana ceria. Ketawa juga kami dengan celotehnya.

   Semasa Cikgu Rama berucap, banyak juga lah yang diluahkan. Ada yang manis, ada yang pahit. Dia beritahu, yang manis di bawa ke PPD Tampin. Yang pahit dia tinggalkan & buang di Sungai Rompin. Nada sedihnya ada juga. Maklumlah,dah 13 tahun berada di SK Rompin. Terlampau banyak kenangan untuk ditinggalkan. Walau apa pun, kami tetap menghargai sumbangan & jasa beliau semasa di sekolah. Beliau adalah mentor bagi guru-guru yang muda dalam memulakan kerjaya guru. Banyak pengalaman yang beliau telah curahkan & kami rasa kehilangan yang besar buat sekolah. Jika beliau ada kelapangan, bolehlah singgah-singgah di SK Rompin menjenguk kami.

   APA-APA PUN, U’RE ALWAYS IN SK ROMPIN MEMORIES…GOOD LUCK MR. RAMAMOORTHY !!!

Suka artikel ini?Kongsi ler...