raya 2013 - skr

Assalamualaikum & Salam Ramadan 1434H buat semua. Saya pasti ramai di kalangan warga sekolah sekarang sedang sibuk buat persiapan terakhir menjelang raya esok (8 Ogos 2013) Insyaallah. Ada yang sedang memasak ketupat, rendang, serunding, lemang dan pelbagai lagi aktiviti lumrah menjelang raya. Tak kurang juga yang masak semua tu di kedai (tunjuk ini & itu, kemudian hulur duit), hehe..

Kepada mereka yang sedang memandu pulang ke kampung halaman keluarga masing-masing, BERHATI-HATILAH di jalan raya. Doa naik kenderaan jangan dilupa, jadikan amalan membacanya tiap-tiap kali naik kenderaan. Kemalangan biasanya memang ada berlaku tiap-tiap kali perayaan. Cuma harapannya bukanlah kita yang terlibat. Nanti gembira raya bertukar sedih pulak.

Jadi di kesempatan ini, saya mewakili warga kerja SK Rompin ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang membaca tulisan ini. Mohon ampun & maaf andai ada khilaf daripada pihak kami di sepanjang 2013 ini. Semoga hari raya yang bakal menjelang tiba beberapa jam lagi dari sekarang, memberi 1001 kegembiraan buat anda semua.

Salam Aidilfitri 2013

Suka artikel ini?Kongsi ler...