Tahniah! Anda Penerima APC 2013 (Guru & Staf)
on April 27, 2014 at 11:57 am- Cik Goh Yok Ling [ Juruteknik ]
- En. Mohamad Ridzuan B. Abdullah [ DG 41 ]
- Pn. Afida Bt. Mohd Hassan [ DGA 32 ]
- Pn. Thalasiah Bt. Md Tan [ DG 41 ]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua.
TAHNIAH ! Itulah ungkapan yang terbaik untuk diucapkan kepada guru-guru & staf (gambar) yang telah terpilih oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi sesi 2013.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, 4 orang kakitangan sekolah telah dipilih untuk menerima APC atas kecemerlangan yang dipamerkan sepanjang tahun yang dinilai.
Antara kriteria pemilihan bagi menerima APC adalah prestasi kerja individu yang berjaya dipenuhi & dilaksanakan, kebolehan membantu melakukan tugasan kakitangan lain tanpa berkira, sahsiah yang baik serta beberapa kriteria lain yang berkaitan.
Diharapkan agar penerimaan APC ini melonjakkan lagi prestasi kerja mereka di masa-masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru terlibat

Portal KSSR baca artikel terkini saya..Soalan Ujian Bulanan Mac Matematik 2014